KUCHING: Seramai 20 ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Premier Sarawak di sini, hari ini.
Tempoh pelantikan jawatan itu selama dua tahun, bermula hari ini.
Seramai 15 ahli daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ialah Petrus lgat Mathias, Sarkawi Suhaili, Romeo Christopher Tegong, Fridah Osman, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Abdul Samat Kethergany, John Nyigor Damen Rejek,Sayed Azmee Wan Junaidi dan Awangku Jinal Abedin Dato Pengran Jawa.
Juga dari Parti PBB dan pelantikan baharu ialah Hajis Japar Labaw, Dominic Nyurang Ajang, Watson Awan Jalai, Collin Patan dan Afig Fikri Brahim.
Selebihnya ialah Susan Clement Ingun ( Parti Rakyat Sarawak-PRS), Fung Kok Shiun @ Brian Fung (Parti Demokratik Progresif-PDP) dan Kaunselor Niponi Undek (Parti Rakyat Bersatu Sarawak-SUPP) serta pelantikan baharu iaitu Thomas Balan Bang (PRS) dan Joshua Ting Fu Ying (PDP).
Majlis angkat sumpah itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Hadir sama, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Ketua Setiausaha Politik, Fazzrudin Abdul Rahman.